Monday, December 31, 2012

Teluki Januari

Selamat datang tahun baru. Selamat kembali Januari. Industri bunga keratan dunia dan seni gubahan bunga-bungaan segar telah mengkhususkan teluki atau carnation sebagai bunga bulan ini. Teluki atau nama botaninya, Dianthus caryophyllus dikatakan berasal dari kawasan Mediterannean namun kesahihannya diragui kerana bunga ini telah wujud sejak lebih dua ribu tahun lampau. Secara amnya, bunga ini melambangkan cinta, kasih sayang, dan pesona. Sifat daya tahannya yang maksimum membuatkan bunga ini popular sebagai salah satu bunga keratan yang sentiasa diperdagangkan di serata dunia. Selain hebat sebagai gubahan untuk menghiasi di kediaman dan premis perniagaan, bunga yang mewah dengan kelopak seakan berombak ini juga pilihan terbaik dijadikan bingkisan istimewa meraikan sambutan Hari ibu dan perkahwinan.

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pesanan untuk peningkatan prestasi Flora Academy. Terima kasih.