Showing posts with label Trend Gubahan Bunga 2013. Show all posts
Showing posts with label Trend Gubahan Bunga 2013. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Protea, Protea, Proteus!

Principal Flora Academy telah pun mengembara ke tanah Afrika Utara untuk tempoh dua minggu. Jika ada utara, pastinya ada selatan. Maka yang demikian, kita berkenalan dengan bunga asal dari Afrika Selatan, Protea. Protea dikatakan sejenis tumbuh-tumbuhan berbunga tertua wujud di muka bumi dan saintis menganggarkan bunga eksotik ini telah pun wujud sejak 300 juta tahun lepas. Dikatakan terdapat lebih kurang 329 spesies Protea di Afrika Selatan. Untuk pengetahuan semua, Protea telah dibahagikan pada 17 spesies mengikut seksyen-seksyen tertentu. Memandangkan fizikal bunganya yang amat unik, bunga ini pilihan tepat bagi menghasilkan gubahan bunga eksotik. Bersandarkan pada tekstur, warna dan rupa menarik, ramai mendambakannya lalu membuat bunga ini popular sebagai salah satu bunga keratan yang turut diperdagangkan di seluruh dunia.


 Keberanian dan kepelbagaian menjadi simbolik atau maksud yang dibawa Protea berdasarkan kisah mitos Greek kuno; Proteus anak dewa Poseidon. Bunga ini mempunyai jangka hayat lama jika ditempatkan di dalam bekas berair. Bagi menggandakan tempoh kesegarannya, buang semua daun atau elakkan daunnya turut terendam di dalam air. Praktikkan juga penggunaan cecair peluntur bagi memastikan tiada pertumbuhan alga di dalam air. Protea turut boleh didapati di Australia dan Hawaii.
Kreativiti tiada batasnya dan menggunakan bunga ini, pelbagai jenis gubahan bunga boleh dihasilkan samada bunga untuk dekorasi kediaman atau majlis, bunga pegang pengantin dan lain-lain. Sekadar perkongsian bermanfaat untuk semua, Flora Academy ada mengadakan dua kursus gubahan bunga; Gubahan Bunga Artistik & Gubahan Bunga Tropika yang mungkin menggunakan Protea sebagai salah satu bunga pilihan di samping kehebatan bunga tempatan seperti Alpinia Purpurata, helikonia dan sebagainya. 
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi/ Inquiries, please call us at: Flora Academy Sdn. Bhd. Suite 2.08, Tingkat 2, The AmpWalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 03-2166 8090 E-mail: floraacademy2011@gmail.com Facebook: http://www.facebook.com/FloraAcademy

Wednesday, December 05, 2012

Americano La Bamba 2013!

Susunan teks: Azlan Jamaludin.
Kredit gambar dan teks asal: Yvonne Ashton, Marketing Director, Mayesh Wholesale Florist. www.mayesh.com.

Pembentangan dipengerusikan oleh Talmage McLaurin daripada majalah Florist's Review menerusi segmen '2012/2013 American Floral Trends' sempena 'AIFD National Symposium 2012' yang telah berlangsung di Miami Julai lepas. Beliau telah menggariskan lima gaya gubahan bunga ala Amerika sebagai ikutan dan rujukan untuk tahun hadapan. Perhatikan pada palet-palet warna yang dipersembahkan untuk setiap tema. Sebagai panduan anda untuk menghasilkan gubahan bunga dengan lebih terancang berdasarkan lima trend yang dipertontonkan. Symposium sama tahun hadapan bakal berlangsung di Las Vegas pula. Viva oh Las Vegas!   

Talmage McLaurin
Rural Route.
Rural Route.
Rural Route. 
Gandingan warna-warna seperti merah, putih dan biru menghidupkan mood kedesaan Amerika. Tambah menarik dengan suntikan unsur-unsur kehidupan seorang petani.   

Garden Club.
Garden Club.
Garden Club. 
Palet warna-warna terang menjadi pilihan utama. Bekas bunga bentuk abstrak, terrarium, burung dan rama-rama hiasan serta alatan berkebun menjadi aksesori penyeri.  


Sea to Shining Sea.
Sea to Shining Sea.

Sea to Shining Sea.
Mencari kelainan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih damai dan tenang. Alunan bayu laut dan desiran ombak memecah hening kuat bermain di jiwa. Elemen-elemen semula jadi seperti kayu hanyut, kerang-kerangan dan seumpamanya digarap bersama warna biru lembut, hijau, kelabu dan lain-lain mencambah visual lebih hidup pada gaya ini. 

American Gypsy.
American Gypsy.
Trend yang boleh dianggap 'wild' dengan mengaplikasikan penggunaan warna-warna terang, bunga-bungaan dan aksesori hiasan dalam cara yang lain dari yang lain.

New Victorian
New Victorian
New Victorian
New Victorian.
Pelbagai jenis bunga eksotik menjadi taruhan yang digabung bersama bunga mawar rona pastel. Trend ini memberikan satu rekaan segar dengan memfokus dua elemen bertentangan menjadi satu. Seperti contoh,  sifat maskulin dijalinkan bersama sifat feminin, kulit (leather) dipadankan dengan penggunaan fabrik lace dan sebagainya.