Showing posts with label cut flowers. Show all posts
Showing posts with label cut flowers. Show all posts

Tuesday, April 02, 2013

Oh, Its Over Flowing!

Seringkali kita melihat dan anggap Barat sebagai trend setter terhadap sesuatu perkara tetapi ada masanya mungkin pernyataan ini perlu difikirkan dua tiga kali. Seorang floral designer terkemuka dunia baru-baru ini telah memperlihatkan gaya gubahan bunganya yang terkini. Pendekatan gubahan beliau cenderung pada gaya pave dan over flowing (gubahan yang dihasilkan seakan mengalir atau melimpah). Apa kurangnya floral designer tempatan? Ini dibuktikan dengan penghasilan gubahan-gubahan berkonsep sama sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hakikatnya, siapa dapat menduga batas kreativiti tanpa sempadan atau ini sekadar satu kebetulan atau pertembungan idea sesama pemain industri. Jika ini boleh dijadikan satu anjakan ke tahap lebih tinggi atau kayu ukur terhadap arah gaya gubahan bunga global, ayuh sama-sama kita laksanakannya.     




Thursday, February 21, 2013

Queen Anne’s Lace

Sehebat namanya, Queen Anne’s lace merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan berbunga musim panas dan akan mula berbunga dari bulan Jun sehingga Ogos. Selain terkenal dengan nama Queen Anne’s lace, ia turut dipanggil dengan nama Wild carrot, Bird's nest dan Bishop's lace. Queen Anne’s lace berasal dari kawasan beriklim sederhana Eropah dan juga tumbuh secara semulajadi di kawasan Amerika Utara dan Australia. Mengikut sejarah, Queen Anne’s lace mendapat namanya apabila jari Queen Anne berdarah dek tertusuk jarum ketika sedang menghasilkan lace. Oleh kerana rupa bunganya yang halus, ia amat sesuai dijadikan penyeri atau fillers kepada gubahan bunga sebagaimana Baby's Breath dan lain-lain. Sebaik sahaja dikerat dari pokok induknya, Queen Anne’s lace mampu bertahan antara tiga hingga tujuh hari sahaja. 
 

Thursday, November 22, 2012

Oh, keranamu Matthiola!


Menyanjung keindahan dan harum baunya. Sekalipun namanya kedengaran seperti nama wanita, Matthiola incana atau lebih senang dipanggil Matthiola mendapat namanya sempena nama seorang doktor lelaki dari Itali bernama Pietro Andrea Gregorio Mattioli (23 Mac 1501 – 1577). Selain daripada menggunakan Matthiola sebagai bunga utama, gubahan bunga ini turut menampilkan si diva popular Hydrangea dan mawar. Ketahui bagaimana untuk melakukan gubahan indah seperti ini hanya di Flora Academy.  Hubungi kami di talian 03-2166 8090 samb 112 ATAU 0111-667 4021 (Azlan) ATAU 019 3051428 (Adli). Emel: floraacademy2011@gmail.com







Tuesday, September 11, 2012

Harian Metro; Variasi: Photo Shoot

Sekali lagi akhbar tabloid popular Malaysia dengan baik hatinya singgah di premis Flora Academy dan kami amat mengalu-alukan kedatangan pihak mereka untuk berkongsi ilmu gubahan bunga khusus untuk pembaca akhbar ini. Semoga langkah ini dapat memberi persepsi baru dan mencambah idea baru kepada semua di dalam menggubah bunga dengan tidak lagi mempraktikkan gubahan bunga stail lama seperti bentuk segi tiga. Untuk itu dapatkan akhbar Harian Metro sisipan Variasi edisi Sabtu ini untuk kisah lanjut. Flora Academy merupakan sekolah atau institut gubahan bunga terbaik di Malaysia milik usahawan dan floral designer Bumiputera, Encik Razak Ahmad. Flora Academy menawarkan pelabagi modul gubahan bunga seperti gubahan bunga dekorasi ruang kediaman, pertunangan, perkahwinan, majlis keraian,  hampers dan sebagainya. Flora Academy juga turut menawarkan pakej istimewa untuk syarikat-syarikat korporat yang berminat mengadakan kursus atau bengkel khusus untuk kakitangan mereka sebagai satu aktiviti luar pejabat atau hujung minggu. Ilmu yang dipelajari di sini bukan sahaja dapat mempertingkat skil personal masing-masing tetapi juga memberi satu senjata amat ampuh untuk menambah pendapatan yang pastinya memberi pulangan lumayan. Jom, sertai Flora Academy kerana di sini semuanya bermula. Flora Academy 03 2166 8090 samb. 112 atau emelkan sahaja segala pertanyaan di alamat floraacademy2011@gmail.com          

Tuesday, April 10, 2012

Kerat Potong Bunga Keratan.

Ladang bunga Elite, Colombia yang memperdagangkan bunga daisi Gerbera.


Hydrangea macrophylla, mawar, teluki, kekwa, lili, Matthiola incana, matahari, Gladiolus spp. dan orkid merupakan antara bunga keratan popular yang diperdagangkan di serata dunia. Industri bunga keratan merekodkan bahawa bunga mawar adalah bunga paling banyak dijual beli. Sekadar berkongsi maklumat, pada tahun 2007 industri bunga keratan di UK berjumlah £2 billion. Tahukah anda apa itu bunga keratan? Bunga keratan membawa maksud bunga yang siap dipotong dari pokok induknya untuk terus diguna atau dijadikan gubahan. Kebanyakan bunga-bungaan keratan merupakan pilihan popular untuk dijadikan sebagai pemberian untuk majlis-majlis keraian tertentu. Bunga keratan perlulah menepati beberapa kritirea tertentu untuk layak dilabelkan sebagai bunga keratan. Kritirea-kritirea tersebut adalah memiliki keindahan dan tarikan tersendiri, menghasilkan bau harum, mempunyai batang panjang dan jangka hayat lama jika dijadikan gubahan. 

Kredit foto: rafrogblogus.wordpress.com (Rainforest alliances)