Showing posts with label Krismas. Show all posts
Showing posts with label Krismas. Show all posts

Monday, December 24, 2012

Krismas Hijau Merah

Kredit gambar: http://www.pauleckepoinsettias.com/
Mood Krismas. Sudah pastinya tanaman hiasan berdaun hijau merah, Poinsettia menjadi pilihan ramai. Poinsettia atau nama botaninya, Euphorbia pulcherrima dikatakan asal dari Mexico dan juga kawasan Amerika tengah. Nama Poinsettia diambil bersempena nama seorang menteri Amerika Syarikat yang ditugaskan ke Mexico, Joel Roberts Poinsett. Beliau telah memperkenalkan tanaman ini di bumi Uncle Sam pada tahun 1825. Selain daripada warna merah terang, daunnya juga boleh berubah pada warna jingga, hijau muda, krim dan merah jambu. Tanaman ini mula popular apabila salah seorang dari ahli keluarga Ecke; Paul Ecke, Jr. (The Paul Ecke Ranch) mengirimkan tanaman ini ke stesen-stesen televisyen untuk hiasan sewaktu Krismas pada tahun-tahun 1900-an. 
Kredit gambar: http://www.pauleckepoinsettias.com/
Teknik Penjagaan Poinsettia: 
1. Tempatkan tanaman ini di sudut yang tidak mendapat cahaya matahari secara terus sekurang-kurangnya enam jam sehari. 
2. Siram apabila tanahnya mula kelihatan kering. 
3. Jangan biarkan tanahnya terendam. 

Monday, December 10, 2012

Amaryllis; Beauty Is the Curse?


Krismas makin menghampiri. Tentu sahaja hiasan dekorasi kediaman dan ruang pejabat menjadi keutamaan bagi menyemarakkan lagi kehadiran hari perayaan ini. Selain daripada Euphorbia pulcherrima atau lebih popular dengan nama Poinsettia, bunga Amaryllis merah juga amat terkenal sebagai salah satu bunga hiasan bagi mengalu-alukan lagi kedatangan Hari Natal. Salah satu spesies atau jenis Amaryllis terkenal semasa sambutan Krismas ialah Amaryllis 'Fire Dance' selain daripada Amaryllis Benefica dan Amaryllis Liberty. Seratus peratus pasti menjadi pilihan ramai sewaktu Krismas adalah kerana warna merahnya yang kuat; sehangat semangat hari istimewa yang disambut. Amaryllis juga terdapat dalam warna putih, merah jambu dan jingga. 
Bunga ini tahan lama jika diletakkan pada sudut yang tidak terkena cahaya matahari secara terus. Bunga Amaryllis adalah tumbuh-tumbuhan berbunga jenis bebawang (bulb) dan ia dikatakan bunga asal dari Amerika dan Afrika Selatan. Fizikal bunganya kelihatan seperti trumpet, batangnya pula berongga dan sesetengah jenis, kuntum bunganya mampu mencecah sehingga 10 inci lebar. Memandangkan batangnya berongga, bunga ini memerlukan bekalan air yang mencukupi untuk kekal segar dalam jangka masa panjang jika dijadikan bunga keratan. 
Biarpun cantik tapi bunga ini sebenarnya beracun. Amaryllis dikurniakan dengan sejenis toksik yang dipanggil lycorine dan jika termakan (khususnya bahagian bebawangnya) boleh menyebabkan kemudaratan teruk seperti muntah-muntah dan cirit-birit. Bagi mengetahui lebih banyak tips dan cara gubahan bunga segar hebat menarik, apa kata sertai kami di Flora Academy.
 
Kredit gambar: http://www.warmenhoven.co.uk/


Kredit gambar: MayeshWholesale http://mayesh.com

Kredit gambar: MayeshWholesale http://mayesh.com