Monday, December 31, 2012

Teluki Januari

Selamat datang tahun baru. Selamat kembali Januari. Industri bunga keratan dunia dan seni gubahan bunga-bungaan segar telah mengkhususkan teluki atau carnation sebagai bunga bulan ini. Teluki atau nama botaninya, Dianthus caryophyllus dikatakan berasal dari kawasan Mediterannean namun kesahihannya diragui kerana bunga ini telah wujud sejak lebih dua ribu tahun lampau. Secara amnya, bunga ini melambangkan cinta, kasih sayang, dan pesona. Sifat daya tahannya yang maksimum membuatkan bunga ini popular sebagai salah satu bunga keratan yang sentiasa diperdagangkan di serata dunia. Selain hebat sebagai gubahan untuk menghiasi di kediaman dan premis perniagaan, bunga yang mewah dengan kelopak seakan berombak ini juga pilihan terbaik dijadikan bingkisan istimewa meraikan sambutan Hari ibu dan perkahwinan.

Thursday, December 27, 2012

Flora Academy@Impiana Januari 2013

Sesi fotografi untuk majalah dekorasi tersohor IMPIANA. Terima kasih team Impiana, editor Rosli Ahmad aka Cik Li, jurufoto Mohd Izari Rosli aka Ayie (cantik mutu gambarnya) dan Mohd Faizal Yunus aka Oda. Daftar sebagai pelajar di Flora Academy untuk tahu bagaimana melakukan gubahan bunga dan susun atur dekorasi begini.  http://www.facebook.com/FloraAcademy


Monday, December 24, 2012

Krismas Hijau Merah

Kredit gambar: http://www.pauleckepoinsettias.com/
Mood Krismas. Sudah pastinya tanaman hiasan berdaun hijau merah, Poinsettia menjadi pilihan ramai. Poinsettia atau nama botaninya, Euphorbia pulcherrima dikatakan asal dari Mexico dan juga kawasan Amerika tengah. Nama Poinsettia diambil bersempena nama seorang menteri Amerika Syarikat yang ditugaskan ke Mexico, Joel Roberts Poinsett. Beliau telah memperkenalkan tanaman ini di bumi Uncle Sam pada tahun 1825. Selain daripada warna merah terang, daunnya juga boleh berubah pada warna jingga, hijau muda, krim dan merah jambu. Tanaman ini mula popular apabila salah seorang dari ahli keluarga Ecke; Paul Ecke, Jr. (The Paul Ecke Ranch) mengirimkan tanaman ini ke stesen-stesen televisyen untuk hiasan sewaktu Krismas pada tahun-tahun 1900-an. 
Kredit gambar: http://www.pauleckepoinsettias.com/
Teknik Penjagaan Poinsettia: 
1. Tempatkan tanaman ini di sudut yang tidak mendapat cahaya matahari secara terus sekurang-kurangnya enam jam sehari. 
2. Siram apabila tanahnya mula kelihatan kering. 
3. Jangan biarkan tanahnya terendam. 

Monday, December 10, 2012

Amaryllis; Beauty Is the Curse?


Krismas makin menghampiri. Tentu sahaja hiasan dekorasi kediaman dan ruang pejabat menjadi keutamaan bagi menyemarakkan lagi kehadiran hari perayaan ini. Selain daripada Euphorbia pulcherrima atau lebih popular dengan nama Poinsettia, bunga Amaryllis merah juga amat terkenal sebagai salah satu bunga hiasan bagi mengalu-alukan lagi kedatangan Hari Natal. Salah satu spesies atau jenis Amaryllis terkenal semasa sambutan Krismas ialah Amaryllis 'Fire Dance' selain daripada Amaryllis Benefica dan Amaryllis Liberty. Seratus peratus pasti menjadi pilihan ramai sewaktu Krismas adalah kerana warna merahnya yang kuat; sehangat semangat hari istimewa yang disambut. Amaryllis juga terdapat dalam warna putih, merah jambu dan jingga. 
Bunga ini tahan lama jika diletakkan pada sudut yang tidak terkena cahaya matahari secara terus. Bunga Amaryllis adalah tumbuh-tumbuhan berbunga jenis bebawang (bulb) dan ia dikatakan bunga asal dari Amerika dan Afrika Selatan. Fizikal bunganya kelihatan seperti trumpet, batangnya pula berongga dan sesetengah jenis, kuntum bunganya mampu mencecah sehingga 10 inci lebar. Memandangkan batangnya berongga, bunga ini memerlukan bekalan air yang mencukupi untuk kekal segar dalam jangka masa panjang jika dijadikan bunga keratan. 
Biarpun cantik tapi bunga ini sebenarnya beracun. Amaryllis dikurniakan dengan sejenis toksik yang dipanggil lycorine dan jika termakan (khususnya bahagian bebawangnya) boleh menyebabkan kemudaratan teruk seperti muntah-muntah dan cirit-birit. Bagi mengetahui lebih banyak tips dan cara gubahan bunga segar hebat menarik, apa kata sertai kami di Flora Academy.
 
Kredit gambar: http://www.warmenhoven.co.uk/


Kredit gambar: MayeshWholesale http://mayesh.com

Kredit gambar: MayeshWholesale http://mayesh.com


Wednesday, December 05, 2012

Americano La Bamba 2013!

Susunan teks: Azlan Jamaludin.
Kredit gambar dan teks asal: Yvonne Ashton, Marketing Director, Mayesh Wholesale Florist. www.mayesh.com.

Pembentangan dipengerusikan oleh Talmage McLaurin daripada majalah Florist's Review menerusi segmen '2012/2013 American Floral Trends' sempena 'AIFD National Symposium 2012' yang telah berlangsung di Miami Julai lepas. Beliau telah menggariskan lima gaya gubahan bunga ala Amerika sebagai ikutan dan rujukan untuk tahun hadapan. Perhatikan pada palet-palet warna yang dipersembahkan untuk setiap tema. Sebagai panduan anda untuk menghasilkan gubahan bunga dengan lebih terancang berdasarkan lima trend yang dipertontonkan. Symposium sama tahun hadapan bakal berlangsung di Las Vegas pula. Viva oh Las Vegas!   

Talmage McLaurin
Rural Route.
Rural Route.
Rural Route. 
Gandingan warna-warna seperti merah, putih dan biru menghidupkan mood kedesaan Amerika. Tambah menarik dengan suntikan unsur-unsur kehidupan seorang petani.   

Garden Club.
Garden Club.
Garden Club. 
Palet warna-warna terang menjadi pilihan utama. Bekas bunga bentuk abstrak, terrarium, burung dan rama-rama hiasan serta alatan berkebun menjadi aksesori penyeri.  


Sea to Shining Sea.
Sea to Shining Sea.

Sea to Shining Sea.
Mencari kelainan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih damai dan tenang. Alunan bayu laut dan desiran ombak memecah hening kuat bermain di jiwa. Elemen-elemen semula jadi seperti kayu hanyut, kerang-kerangan dan seumpamanya digarap bersama warna biru lembut, hijau, kelabu dan lain-lain mencambah visual lebih hidup pada gaya ini. 

American Gypsy.
American Gypsy.
Trend yang boleh dianggap 'wild' dengan mengaplikasikan penggunaan warna-warna terang, bunga-bungaan dan aksesori hiasan dalam cara yang lain dari yang lain.

New Victorian
New Victorian
New Victorian
New Victorian.
Pelbagai jenis bunga eksotik menjadi taruhan yang digabung bersama bunga mawar rona pastel. Trend ini memberikan satu rekaan segar dengan memfokus dua elemen bertentangan menjadi satu. Seperti contoh,  sifat maskulin dijalinkan bersama sifat feminin, kulit (leather) dipadankan dengan penggunaan fabrik lace dan sebagainya.    

Monday, December 03, 2012

Romantis William Shakespeare

William Shakespeare.
Seniman terkenal dunia, William Shakespeare sering menyebut pelbagai nama bunga di dalam karya-karya seninya. Berdasarkan karya-karyanya, ternyata lelaki pencetus naskah hebat seperti Hamlet, King Lear, Othello, Macbeth dan lain-lain lagi, amat senang dengan suasana indah penuh kedamaian di Stratford, Warwickshire, England.
Ia adalah tempat di mana seniman berhati lembut ini dilahirkan.   Menerusi puisi dan naskah persembahan pentasnya, Shakespeare sering menyebut nama-nama bunga seperti violet, mawar, daffodils, teluki, lavender, lili, primrose, cyprus, vermillion (red poppy) dan banyak lagi. 
Tidak keterlaluan dikatakan,  mungkin dek kerana landskap kedesaan nan menghijau dan diserikan pula dengan kemeriahan warna berbagai-bagai bunga-bungaan menjadi sumber ilham penting kepada Shakespeare.
Lalu ini telah menjadikan baris-baris puisi yang diciptanya seolah-olah hidup merentasi zaman biarpun ia cuma sekadar kata-kata di atas helaian kertas.

Damask rose

Sekadar memetik satu stanza daripada salah satu puisi terkenal Shakespeare, The Winter's Tale.
"Lawn as white as driven snow;
Cyprus black as e'er was crow;
 
Gloves as sweet as damask roses."  
Penataan landskap di kotej pusaka milik keluarga isteri Shakespeare, Anne Hathaway yang turut terletak di Statford, England.

Kawasan belakang rumah Shakespeare yang jelas diperindahkan dengan pelbagai bunga-bungaan seperti vermillion, cyprus dan sebagainya. 

Rumah kelahiran Shakespeare yang kental dengan gaya seni bina Tudor.  
Landskap di sekitar Stratford Upon Avon yang dijaga rapi. Sesetengahnya sengaja dibiarkan tumbuh melata dan liar untuk kelihatan lebih natural. 

Thursday, November 22, 2012

No Limits For Shopping!

Jom membeli-belah di Flora, etc... dan tambahkan kehebatan dekorasi kediaman indah anda. Hubungi kami di talian 03-2166 8090 (Marina) untuk sebarang maklumat lanjut. Harga bermula dari RM25! 

Oh, keranamu Matthiola!


Menyanjung keindahan dan harum baunya. Sekalipun namanya kedengaran seperti nama wanita, Matthiola incana atau lebih senang dipanggil Matthiola mendapat namanya sempena nama seorang doktor lelaki dari Itali bernama Pietro Andrea Gregorio Mattioli (23 Mac 1501 – 1577). Selain daripada menggunakan Matthiola sebagai bunga utama, gubahan bunga ini turut menampilkan si diva popular Hydrangea dan mawar. Ketahui bagaimana untuk melakukan gubahan indah seperti ini hanya di Flora Academy.  Hubungi kami di talian 03-2166 8090 samb 112 ATAU 0111-667 4021 (Azlan) ATAU 019 3051428 (Adli). Emel: floraacademy2011@gmail.com







Wednesday, November 21, 2012

Bunga 'Misai Syaitan'


Bunga unik dari spesies Tacca chantrieri ini tergolong di dalam famili Dioscoreaceae. Ia berasal dari negara beriklim tropika dan terkenal sebagai salah satu tumbuh-tumbuhan berbunga yang jarang ditemui. Warna hitam pada bahagian kelopak bunganya amat menarik perhatian ramai dan ini secara tidak langsung memberikan elemen penuh misteri. Tambahan pula dengan juntaian halus bak misai kucing sebagai penyeri. Tidak hairanlah mengapa bunga ini diberikan gelaran Devil Whisker's. Selain daripada itu ia popular dengan nama Bat lily atau Bat flower dek kerana rupanya yang seakan-akan seekor kelawar.  

Gambar: Copyright Elise Pearlstine

Monday, November 12, 2012

Kobis Ornamental



Kobis ornamental atau nama botaninya, Brassica oleracea selalu menjadi pilihan utama kepada floral designer atau florist yang gemarkan gubahan bunga unik. Brassica oleracea ditempatkan di dalam dua kumpulan berbeza, Capitata group dan Acephala Group. Sekalipun ia sejenis sayur-sayuran dan tergolong dalam genus Brassica, namun ia lebih popular dijadikan pelengkap kepada gubahan bunga kerana warna dan tekstur daunnya. Selain daripada warna ungu, ia turut sedia dalam warna merah jambu, merah dan putih. Suhu memainkan peranan paling penting bagi menentukan kecantikan warna daunnya. Makin sejuk suhu, makin bertambahlah kepekatan warnanya. Memetik laporan daripada British Broadcasting Corporation (BBC), kobis spesies ini (muda) boleh dimakan namun rasanya mungkin agak pahit atau kelat (strong). Untuk pengetahuan semua, tanaman ini berasal dari kawasan pantai Eropah Barat. Jenis Brassica oleracea yang lain adalah kale, brokoli, bunga kobis (cauliflower), kai-lan, German turnip  dan Brussels sprout. Namun setiap satunya adalah dari kumpulan yang berbeza-beza.

Tuesday, November 06, 2012

Bunga Alam Syurgawi

Bird of Paradise. Ia turut dipanggil Strelitzia. Manakala, nama botaninya adalah Strelitzia reginae. Bunga bersifat perennials (saka; mampu hidup lebih dari dua tahun) ini adalah dari keluarga Strelitziaceae. Tetapi mengapakah tanaman atau bunga ini digelar Bird of Paradise? Jelas dari penampilan fizikal bunga ini, ia seakan-akan kelihatan seperti burung Cenderawasih atau dalam bahasa Inggeris disebut Bird of Paradise. Bunga asal dari Afrika Selatan ini sering mengelirukan peminat seni landskap tempatan dengan memanggilnya dengan nama Helikonia. Untuk pengetahuan, kedua-dua tanaman ini adalah berbeza dan tiada kena-mengena antara satu sama lain. Bird of paradise adalah dari keluarga Strelitziaceae manakala Helikonia pula adalah dari keluarga Heliconiaceae.

Monday, October 29, 2012

Kursus Gubahan Bunga & Dekorasi Majlis; Jangka Panjang


Wednesday, October 10, 2012

Lawatan Pengarah KEMAS N9

Pada 3hb Oktober lalu, Puan Norizan (Pengarah KEMAS Negeri 9) telah meluangkan masa untuk membuat lawatan ke Flora Academy. Tujuannya adalah untuk memastikan program yang dianjurka iaitu Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), kerjasama KEMAS N9 dan Flora Academy berjalan lancar dan mengikut perancangan. Program yang berjalan selama 6 bulan ini akan berakhir pada Disember 2012. Program murni ini bertujuan membantu golongan muda dari keluarga perpendapatan rendah mendapatkan kemahiran yang sebaik mungkin digunakan untuk membantu meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga masing-masing. Peserta seramai 10 orang wanita ini diberikan latihan yang intensif serta diberi peluang menimba pengalaman yang berkaitan dengan gubahan bunga, dekoratif, perancangan majlis, dan asas permulaan perniagaan. Lawatan Puan Norizan ini adalah bukti kesungguhan beliau untuk memastikan program ini mencapai matlamatnya.

 

'One to One Session'

Pada 27 September dan 1 Oktober yang lalu, peserta Pn Nurhayati dan Pn Marsita telah mengikuti kelas masing-masing Module 14 (Tropical Arrangement) dan Module 6 (Hamper Hari Raya). Mereka sangat teruja melihat hasil gubahan yang dibuat dengan mengaplikasikan teknik-teknik yang mudah diikuti dan kelas yang berlangsung adalah secara one to one session...




Tuesday, September 11, 2012

Flora, Etc... Seribu Satu Inspirasi


Flora Academy yang merupakan salah satu anak syarikat bernaung di bawah Flora, Etc... amat menghargai paparan khas ini yang termuat di dalam majalah fokus tema perkahwinan; Inspirasi Perkahwinan. Flora, Etc... Weddings & Events dijadikan pilihan No. 1 majalah ini dan semestinya ini menjadi kebanggaan. Terima kasih IP.  Terima kasih juga kepada para pelanggan, rakan niaga dan semua pihak yang selama ini menyokong Flora, Etc Weddings & Events. Jika berkesempatan, lawati http://www.facebook.com/FloraAcademy  dan http://floraetc.blogspot.com/