Krismas
makin menghampiri. Tentu sahaja hiasan dekorasi kediaman dan ruang
pejabat menjadi keutamaan bagi menyemarakkan lagi kehadiran hari
perayaan ini. Selain daripada Euphorbia pulcherrima atau lebih popular
dengan nama Poinsettia, bunga Amaryllis merah juga amat terkenal sebagai
salah satu bunga hiasan bagi mengalu-alukan lagi kedatangan Hari Natal.
Salah satu spesies atau jenis Amaryllis terkenal semasa sambutan
Krismas ialah Amaryllis 'Fire Dance' selain daripada Amaryllis Benefica
dan Amaryllis Liberty. Seratus peratus pasti menjadi pilihan ramai
sewaktu Krismas adalah kerana warna merahnya yang kuat; sehangat
semangat hari istimewa yang disambut. Amaryllis juga terdapat dalam
warna putih, merah jambu dan jingga.
Bunga ini tahan lama jika
diletakkan pada sudut yang tidak terkena cahaya matahari secara terus.
Bunga Amaryllis adalah tumbuh-tumbuhan berbunga jenis bebawang (bulb)
dan ia dikatakan bunga asal dari Amerika dan Afrika Selatan. Fizikal
bunganya kelihatan seperti trumpet, batangnya pula berongga dan
sesetengah jenis, kuntum bunganya mampu mencecah sehingga 10 inci lebar.
Memandangkan batangnya berongga, bunga ini memerlukan bekalan air yang
mencukupi untuk kekal segar dalam jangka masa panjang jika dijadikan
bunga keratan.
Biarpun cantik tapi bunga ini sebenarnya beracun.
Amaryllis dikurniakan dengan sejenis toksik yang dipanggil lycorine dan
jika termakan (khususnya bahagian bebawangnya) boleh menyebabkan
kemudaratan teruk seperti muntah-muntah dan cirit-birit. Bagi mengetahui
lebih banyak tips dan cara gubahan bunga segar hebat menarik, apa kata sertai kami di Flora
Academy.
![]() |
Kredit gambar: http:// |
![]() |
Kredit gambar: MayeshWholesale http://mayesh.com |
![]() |
Kredit gambar: MayeshWholesale http://mayesh.com |
0 comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen atau sebarang pesanan untuk peningkatan prestasi Flora Academy. Terima kasih.