Monday, May 13, 2013

Hampers, Hampers, Hampers!


Tahukah anda? Hamper mempunyai sejarah nan tersendiri dan sangat panjang. Mengikut rekod sejarah, hamper mula diperkatakan sejak zaman William the Conqueror. Konsep hamper pada asalnya adalah dari Perancis dan kemudiannya telah berkembang ke seluruh England pada kurun ke-11. Ia langsung terus menjadi popular pada zaman Ratu Victoria dengan muncul Revolusi Perindustrian. Perkembangan pesat pembinaan landasan keretapi pada 1800 telah memudahkan penghantaran bahan-bahan makanan yang digabung bungkus menjadi hadiah atau hamper kepada ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan yang tinggal jauh. Tradisi ini kemudiannya terus diamalkan khusus setiap kali tibanya musim perayaan Krismas. 



Sekadar berkongsi maklumat, terdapat banyak jenis atau rupa hamper seperti bakul, kotak, piramid dan vases. Apa kata musim perayaan Aidilfitri ini anda penuhkan kocek dengan bisnes jualan hamper?

Untuk itu, ayuh pelajari bagaimana menghasilkan bentuk-bentuk hamper dengan gubahan menarik bunga-bungaan di Flora Academy. Pasti hamper anda dapat sambutan ramai! Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang kursus Hampers Hari Perayaan.

Flora Academy boleh dihubungi di talian 03-2166 8090 samb. 112. Emel: floraacademy2011@gmail.com atau PM kami laju-laju di facebook. Kami dahulukan ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pesanan untuk peningkatan prestasi Flora Academy. Terima kasih.