Showing posts with label bunga keratan. Show all posts
Showing posts with label bunga keratan. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Queen Anne’s Lace

Sehebat namanya, Queen Anne’s lace merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan berbunga musim panas dan akan mula berbunga dari bulan Jun sehingga Ogos. Selain terkenal dengan nama Queen Anne’s lace, ia turut dipanggil dengan nama Wild carrot, Bird's nest dan Bishop's lace. Queen Anne’s lace berasal dari kawasan beriklim sederhana Eropah dan juga tumbuh secara semulajadi di kawasan Amerika Utara dan Australia. Mengikut sejarah, Queen Anne’s lace mendapat namanya apabila jari Queen Anne berdarah dek tertusuk jarum ketika sedang menghasilkan lace. Oleh kerana rupa bunganya yang halus, ia amat sesuai dijadikan penyeri atau fillers kepada gubahan bunga sebagaimana Baby's Breath dan lain-lain. Sebaik sahaja dikerat dari pokok induknya, Queen Anne’s lace mampu bertahan antara tiga hingga tujuh hari sahaja. 
 

Wednesday, February 20, 2013

Protea, Protea, Proteus!

Principal Flora Academy telah pun mengembara ke tanah Afrika Utara untuk tempoh dua minggu. Jika ada utara, pastinya ada selatan. Maka yang demikian, kita berkenalan dengan bunga asal dari Afrika Selatan, Protea. Protea dikatakan sejenis tumbuh-tumbuhan berbunga tertua wujud di muka bumi dan saintis menganggarkan bunga eksotik ini telah pun wujud sejak 300 juta tahun lepas. Dikatakan terdapat lebih kurang 329 spesies Protea di Afrika Selatan. Untuk pengetahuan semua, Protea telah dibahagikan pada 17 spesies mengikut seksyen-seksyen tertentu. Memandangkan fizikal bunganya yang amat unik, bunga ini pilihan tepat bagi menghasilkan gubahan bunga eksotik. Bersandarkan pada tekstur, warna dan rupa menarik, ramai mendambakannya lalu membuat bunga ini popular sebagai salah satu bunga keratan yang turut diperdagangkan di seluruh dunia.


 Keberanian dan kepelbagaian menjadi simbolik atau maksud yang dibawa Protea berdasarkan kisah mitos Greek kuno; Proteus anak dewa Poseidon. Bunga ini mempunyai jangka hayat lama jika ditempatkan di dalam bekas berair. Bagi menggandakan tempoh kesegarannya, buang semua daun atau elakkan daunnya turut terendam di dalam air. Praktikkan juga penggunaan cecair peluntur bagi memastikan tiada pertumbuhan alga di dalam air. Protea turut boleh didapati di Australia dan Hawaii.
Kreativiti tiada batasnya dan menggunakan bunga ini, pelbagai jenis gubahan bunga boleh dihasilkan samada bunga untuk dekorasi kediaman atau majlis, bunga pegang pengantin dan lain-lain. Sekadar perkongsian bermanfaat untuk semua, Flora Academy ada mengadakan dua kursus gubahan bunga; Gubahan Bunga Artistik & Gubahan Bunga Tropika yang mungkin menggunakan Protea sebagai salah satu bunga pilihan di samping kehebatan bunga tempatan seperti Alpinia Purpurata, helikonia dan sebagainya. 
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi/ Inquiries, please call us at: Flora Academy Sdn. Bhd. Suite 2.08, Tingkat 2, The AmpWalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 03-2166 8090 E-mail: floraacademy2011@gmail.com Facebook: http://www.facebook.com/FloraAcademy

Monday, December 31, 2012

Teluki Januari

Selamat datang tahun baru. Selamat kembali Januari. Industri bunga keratan dunia dan seni gubahan bunga-bungaan segar telah mengkhususkan teluki atau carnation sebagai bunga bulan ini. Teluki atau nama botaninya, Dianthus caryophyllus dikatakan berasal dari kawasan Mediterannean namun kesahihannya diragui kerana bunga ini telah wujud sejak lebih dua ribu tahun lampau. Secara amnya, bunga ini melambangkan cinta, kasih sayang, dan pesona. Sifat daya tahannya yang maksimum membuatkan bunga ini popular sebagai salah satu bunga keratan yang sentiasa diperdagangkan di serata dunia. Selain hebat sebagai gubahan untuk menghiasi di kediaman dan premis perniagaan, bunga yang mewah dengan kelopak seakan berombak ini juga pilihan terbaik dijadikan bingkisan istimewa meraikan sambutan Hari ibu dan perkahwinan.

Monday, December 03, 2012

Romantis William Shakespeare

William Shakespeare.
Seniman terkenal dunia, William Shakespeare sering menyebut pelbagai nama bunga di dalam karya-karya seninya. Berdasarkan karya-karyanya, ternyata lelaki pencetus naskah hebat seperti Hamlet, King Lear, Othello, Macbeth dan lain-lain lagi, amat senang dengan suasana indah penuh kedamaian di Stratford, Warwickshire, England.
Ia adalah tempat di mana seniman berhati lembut ini dilahirkan.   Menerusi puisi dan naskah persembahan pentasnya, Shakespeare sering menyebut nama-nama bunga seperti violet, mawar, daffodils, teluki, lavender, lili, primrose, cyprus, vermillion (red poppy) dan banyak lagi. 
Tidak keterlaluan dikatakan,  mungkin dek kerana landskap kedesaan nan menghijau dan diserikan pula dengan kemeriahan warna berbagai-bagai bunga-bungaan menjadi sumber ilham penting kepada Shakespeare.
Lalu ini telah menjadikan baris-baris puisi yang diciptanya seolah-olah hidup merentasi zaman biarpun ia cuma sekadar kata-kata di atas helaian kertas.

Damask rose

Sekadar memetik satu stanza daripada salah satu puisi terkenal Shakespeare, The Winter's Tale.
"Lawn as white as driven snow;
Cyprus black as e'er was crow;
 
Gloves as sweet as damask roses."  
Penataan landskap di kotej pusaka milik keluarga isteri Shakespeare, Anne Hathaway yang turut terletak di Statford, England.

Kawasan belakang rumah Shakespeare yang jelas diperindahkan dengan pelbagai bunga-bungaan seperti vermillion, cyprus dan sebagainya. 

Rumah kelahiran Shakespeare yang kental dengan gaya seni bina Tudor.  
Landskap di sekitar Stratford Upon Avon yang dijaga rapi. Sesetengahnya sengaja dibiarkan tumbuh melata dan liar untuk kelihatan lebih natural. 

Thursday, November 22, 2012

Oh, keranamu Matthiola!


Menyanjung keindahan dan harum baunya. Sekalipun namanya kedengaran seperti nama wanita, Matthiola incana atau lebih senang dipanggil Matthiola mendapat namanya sempena nama seorang doktor lelaki dari Itali bernama Pietro Andrea Gregorio Mattioli (23 Mac 1501 – 1577). Selain daripada menggunakan Matthiola sebagai bunga utama, gubahan bunga ini turut menampilkan si diva popular Hydrangea dan mawar. Ketahui bagaimana untuk melakukan gubahan indah seperti ini hanya di Flora Academy.  Hubungi kami di talian 03-2166 8090 samb 112 ATAU 0111-667 4021 (Azlan) ATAU 019 3051428 (Adli). Emel: floraacademy2011@gmail.com







Tuesday, April 10, 2012

Kerat Potong Bunga Keratan.

Ladang bunga Elite, Colombia yang memperdagangkan bunga daisi Gerbera.


Hydrangea macrophylla, mawar, teluki, kekwa, lili, Matthiola incana, matahari, Gladiolus spp. dan orkid merupakan antara bunga keratan popular yang diperdagangkan di serata dunia. Industri bunga keratan merekodkan bahawa bunga mawar adalah bunga paling banyak dijual beli. Sekadar berkongsi maklumat, pada tahun 2007 industri bunga keratan di UK berjumlah £2 billion. Tahukah anda apa itu bunga keratan? Bunga keratan membawa maksud bunga yang siap dipotong dari pokok induknya untuk terus diguna atau dijadikan gubahan. Kebanyakan bunga-bungaan keratan merupakan pilihan popular untuk dijadikan sebagai pemberian untuk majlis-majlis keraian tertentu. Bunga keratan perlulah menepati beberapa kritirea tertentu untuk layak dilabelkan sebagai bunga keratan. Kritirea-kritirea tersebut adalah memiliki keindahan dan tarikan tersendiri, menghasilkan bau harum, mempunyai batang panjang dan jangka hayat lama jika dijadikan gubahan. 

Kredit foto: rafrogblogus.wordpress.com (Rainforest alliances)