
Selamat datang tahun baru. Selamat
kembali Januari. Industri bunga keratan dunia dan seni gubahan
bunga-bungaan segar telah mengkhususkan teluki atau carnation sebagai
bunga bulan ini. Teluki atau nama botaninya, Dianthus caryophyllus
dikatakan berasal dari kawasan Mediterannean namun kesahihannya diragui
kerana bunga ini telah wujud sejak lebih dua ribu tahun lampau. Secara
amnya, bunga ini melambangkan cinta, kasih sayang, dan pesona....