Friday, April 12, 2013

Sejarah Mengajar Kita: Gubahan Bunga-Bungaan 60-an.




Gelombang perubahan gaya hidup baru dan moden bermula pada tahun 1960-an. Ia penuh dengan kepelbagaian dan individualiti. Kecenderungan gaya hidup banyak bertunjangkan pada gaya kontemporari, kebebasan dan perubahan. Ini termasuklah juga pada gaya gubahan bunga-bungaan. difahamkan ketika tahun 1960-an, para florist mempunyai akses terhadap pemilihan jenis-jenis bunga-bungaan yang amat terhad. Bunga-bungaan seperti teluki, kekwa, daisi, lili dan mawar adalah pilihan asas. Bunga untuk gubahan ruang dekorasi kediaman lebih banyak diambil di halaman dan ia pula bermusim. Gaya gubahan pula sangat bertentangan daripada segi struktur dan 'style'. 






Pada era 60-an terdapat dua gaya popular. Satu, gubahan bunga dengan sentuhan 'free style'. Reka bentuknya tidak simetri, cenderung pada 'open space' dan abstrak dengan gerakan visual. Ini kemudiannya diserikan lagi dengan penggunaan ekstensif aksesori seperti bekas bentuk unik dan ranting besar. Keduanya pula adalah gaya gubahan padat dalam ragam formal dan geometrikal. Ini dikenali dengan panggilan reka bentuk 'geometric mass' dan ianya terus menjadi popular sehinggalah tahun 1970-an menjengah masa. Warna-warna seperti hijau buah avokado, kuning keemasan, jingga dan coklat mendominasi skema warna pada tahun-tahun 1960-an dan hal ini turut mempengaruhi pilihan warna gubahan bunga-bungaan. Namun apabila kehangatan 'flower power' melanda, warna-warna terang seperti merah jambu, jingga, biru elektrik, hijau neon dan kuning adalah fokus utama.

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pesanan untuk peningkatan prestasi Flora Academy. Terima kasih.