Wednesday, April 24, 2013

Kenali Siapa Prinsipal Flora Academy.

Ingin sekali Flora Academy memperkenalkan kepada semua Prinsipal Flora Academy,  Tuan Hj. Razak Ahmad. Beliau merupakan seorang masterflorist yang disegani ramai dan telah berkecimpung di dalam industri gubahan bunga dan dekorasi majlis selama lebih kurang 27 tahun.

Keberanian dan kesungguhan untuk tampil sebagai designer yang berjaya di dalam dan luar negara telah membawanya ke taraf antarabangsa setanding dengan designer seperti Preston Bailey, Kevin Lee, Nada Salame, Jeff Leatham dan ramai lagi dari Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Eropah.

Anak jati kelahiran Johor ini telah memulakan titik kariernya di Brunei Darussalam dan seterusnya ke Amerika Syarikat khususnya Chicago dan Los Angeles. Kemudian, beliau meluaskan kariernya di Seoul, Korea sebelum pulang semula ke tanah air pada tahun 2004 untuk menyumbangkan pengalaman dan ilmu yang diperolehinya sebagai floral designer selama lebih 18 tahun di luar negara.

Berbekalkan semangat kental untuk mendalami ilmu floral designing dan keinginan kuat untuk berjaya dalam karier pilihannya, beliau telah berjaya menempatkan nama dan dirinya sebagai Head floral designer di LA PREMIER. Ia merupakan sebuah syarikat weddings & events yang terkenal di Beverly Hills, Los Angeles, Amerika Syarikat milik seorang designer ternama, Kevin Lee.

Sepanjang kariernya di LA PREMIER, beliau telah menunjukkan bakat, menggunakan daya kreativiti dan mempraktikkan kebolehan beliau dalam seni gubahan, rekacipta bunga serta dekorasi event yang berkualiti bertaraf antarabangsa, contohnya semasa American Music Awards Gala Dinner, pelancaran majalah ‘O’ milik Oprah Winfrey dan banyak lagi private functions untuk artis-artis Hollywood seperti Barbara Straisand, Christina Aguilera serta perkahwinan pelakon terkenal, Jennifer Aniston/ Brad Pitt dan ramai lagi.

Sekembalinya beliau ke tanah air, rekaan dan gubahan serta sentuhan dekorasi Razak Ahmad sememangnya telah memberikan nafas baru dan kelainan ketara berbanding dengan apa yang sedia ada di Malaysia di kala itu. Terutamanya dari segi gaya dan rekaan gubahan bunga, table setting dan dekorasi keseluruhan sesuatu event. Keberanian dalam memperkenalkan gaya dan sentuhan barunya itu juga telah menjadikan beliau sebagai trend setter dan idola kepada ramai designer dan sesiapa yang turut berkecimpung di dalam arena sepertinya.

Rekaan, gubahan, dekorasi gaya Inggeris klasik, moden kontemporari, klasik, moden dan artistik sesuai dengan tema pelbagai, berjaya membuka mata ramai. Ini juga telah menambat hati para pelanggan yang menginginkan sentuhan dekorasi dan gubahan bunga setanding dengan designer antarabangsa.

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pesanan untuk peningkatan prestasi Flora Academy. Terima kasih.