![]() |
Razak Ahmad. |
Sejak zaman Mesir purba lagi, gubahan bunga
telah mula dipraktikkan. Bunga-bungaan segar sering digubah di dalam pasu dan
rekaan-rekaan hebat sentiasa menghiasi meja di ruang-ruang kediaman ketika itu.
Bunga lotus, water lily, scilla biru, dan tidak ketinggalan mawar
menjadi keutamaan. Perkembangan gubahan bunga ini kemudiannya terus menjalar ke
zaman Byzantine dengan mempertaruhkan rekaan bentuk tiga segi, bunga-bungaan
berwarna terang dan juga buah-buahan. Seterusnya, gubahan bunga-bungaan segar
mula menular di bumi Eropah khsususnya ketika era Renaisancce Itali. Ketika
inilah, pelbagai arah rekaan tercetus dan antara bunga-bungaan popular
ketika ini adalah Madonna lily
(lambang kesuburan), narcissus, iris,
jasmine, pansies, French marigolds,
cornflowers dan rosemary.
Bunga-bungaan segar tidak pernah sekali pun
mengecewakan para penggemarnya. Kepelbagaian jenis, warna, rupa bentuk unik dan
tersendiri jika digubah dengan sempurna mampu menjadi item dekorasi paling dominan
di sesebuah ruang. Malah, kuasa yang dimiliki bunga-bungaan segar mampu
mempengaruhi psikologi seseorang. Ini termasuklah dapat mengubah mood sedih
menjadi ceria dan sebagainya. Melalui bunga-bungaan juga, memori semalam dapat
digamit semula dan tidak ketinggalan bunga-bungaan juga berupaya menjana
ekonomi. Berbelas tahun di dalam bidang gubahan
bunga di peringkat antarabangsa khususnya di syarikat LA Premier(Amerika Syarikat), Razak Ahmad pemilik Flora Etceteras Sdn. Bhd. juga bergelar Principal floral designer kini mengalu-alukan peminat seni gubahan
bunga untuk mendalami bidang ini di Flora Academy. Beliau ingin berkongsi ilmu
berharga ini dengan semua agar ia dapat dimanfaatkan bukan sahaja sekadar untuk
menghiasi ruang kediaman tetapi juga dapat dijadikan sebagai sumber menjana
pendapatan sampingan.
Selamat datang ke Flora Academy.
0 comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen atau sebarang pesanan untuk peningkatan prestasi Flora Academy. Terima kasih.