Monday, March 04, 2013
Bridal Bouquet Flora Academy@NONA
3/04/2013 02:25:00 pm
bridal bouquet, bunga pegang pengantin, Cymbidium, Flora Academy, Flora etc, floral design school, flower bouquet, Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf, NONA, sekolah gubahan bunga, Shila Amzah
No comments
NONA EDISI MOMEN PERKAHWINAN.
NANTIKAN KEHADIRANNYA. SHILA AMZAH & NONA APRIL 2013. WAJIB DIMILIKI.
Makeup by Fiza Zainudin
Wedding Dress by Jovian Mandagie
Hand Bouquet by Flora Academy
NANTIKAN KEHADIRANNYA. SHILA AMZAH & NONA APRIL 2013. WAJIB DIMILIKI.
Makeup by Fiza Zainudin
Wedding Dress by Jovian Mandagie
Hand Bouquet by Flora Academy
Flora Academy mengucapkan jutaan penghargaan buat majalah NONA, team editorial
dan editornya kerana momen yang diberikan untuk kerjasama ini.
Flora Academy ada mengadakan pelbagai kelas gubahan bunga segar seperti dekorasi kediaman, perkahwinan, harijadi, bridal bouquet, bouquet dan lain-lain. Hubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 03-2166 8090
Thursday, February 21, 2013
Queen Anne’s Lace
2/21/2013 03:05:00 pm
bridal bouquet, bunga keratan, cut flowers, fillers, Flora Academy, floral design school, Queen Anne’s lace
No comments
Sehebat namanya, Queen Anne’s lace merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan berbunga musim panas dan akan mula berbunga dari bulan Jun sehingga Ogos. Selain terkenal dengan nama Queen Anne’s lace, ia turut dipanggil dengan nama Wild carrot, Bird's nest dan Bishop's lace. Queen Anne’s lace berasal dari kawasan beriklim sederhana Eropah dan juga tumbuh secara semulajadi di kawasan Amerika Utara dan Australia. Mengikut sejarah, Queen Anne’s lace mendapat namanya apabila jari Queen Anne berdarah dek tertusuk jarum ketika sedang menghasilkan lace. Oleh kerana rupa bunganya yang halus, ia amat sesuai dijadikan penyeri atau fillers kepada gubahan bunga sebagaimana Baby's Breath dan lain-lain. Sebaik sahaja dikerat dari pokok induknya, Queen Anne’s lace mampu bertahan antara tiga hingga tujuh hari sahaja.
Luxe Bridal Bouquet Showcase & Flora Academy.
2/21/2013 12:45:00 pm
bridal bouquet, bunga pegang pengantin, Flora Academy, floral design school, flower bouquet, Inspirasi Perkahwinan, sekolah gubahan bunga, wedding
No comments
Berikut merupakan lima gaya Bridal Bouquet
yang telah dihasilkan oleh Blum Floral Design & Wedding Florist,
Portland, Oregon, US. Sekadar berkongsi citarasa, perhatikan pada
kombinasi warna, tekstur, rupa gubahan dan juga jenis-jenis
bunga-bungaan yang digunakan. Jika ini yang dipersembahkan oleh pemain
industri gubahan bunga dan dekorasi majlis di Amerika langsung ia
dijadikan sebagai kayu pengukur untuk pemain industri sama di seluruh
dunia. Barulah apa yang dihasilkan terkini dan sentiasa segar. Lawati laman web mereka di alamat http://www.blumfloraldesign.com/
Sementara itu, di Flora Academy juga ada mengadakan kelas gubahan Flower Bouquets yang merangkumi tiga jenis gubahan bunga pegang; Long hand bouquet, Round hand bouquet & Chocolate bouquet. Selain daripada itu, Flora Academy turut menyediakan kelas gubahan bunga Bridal bouquet, Bride;s maid bouquet, Corsages & Boutonniere yang kesemuanya dirangkumkan di dalam kelas Wedding Part 1. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi kami..HANYA di Flora Academy.
![]() |
© http://www.MoscaPhoto.com/ |

Wednesday, February 20, 2013
Jom, sertai kelas di Flora Academy Mac ini!
2/20/2013 02:49:00 pm
No comments
Pastikan anda tidak terlepas peluang keemasan ini untuk menambah kemahiran personal. Ilmu yang dipelajari dapat memberikan anda peluang menambah pendapatan lebih lumayan. Belajar gubah bunga dengan cara betul mengikut prinsip-prinsip rekaan tepat bagi menghasilkan karya seni yang dihargai. Kelas berlangsung dalam suasana penuh seronok, warna-warni bunga-bungaan penuh ceria, persembahan paparan nota bergambar dan video. Tidak ketinggalan, tunjuk ajar secara personal daripada cikgu berpengalaman! Tarikh: Modul 1 (House Floral Decoration 1)= 2 & 4 Mac 2013 Modul 5 (Wedding Part 2; Hantaran)= 6 Mac 2013
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi/ Inquiries, please call us at: Flora Academy Sdn. Bhd. Suite 2.08, Tingkat 2, The AmpWalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 03-2166 8090 E-mail: floraacademy2011@gmail.com Facebook: http://www.facebook.com/FloraAcademy
Plum Blossom
2/20/2013 01:13:00 pm
No comments
"Plum blossoms, plum blossoms all over the
land, the colder it gets, the more it blooms, The persevering plum
blossom symbolizes us, the lofty and great China..."
Itu merupakan sebahagian daripada baris-baris lirik lagu patriotik negara Taiwan. Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, bunga Plum blossom memang menjadi kemestian sebagai item dekorasi. Bunga ini melambangkan nasib atau tuah baik. Seperti ramai tahu, Plum blossom turut menghasilkan buah dan ia boleh dijadikan jus, arak, jeruk dan sos pencecah. Dalam kesusasteraan Cina, bunga ini mekar bersama-sama bunga orkid, lotus dan kekwa dan keempat-empat bunga ini digelar 'Flowers of the Four Season' bagi mewakili empat musim. Selain daripada warna merah jambu, bunga ini juga terdapat dalam warna kuning dan putih.

Protea, Protea, Proteus!
2/20/2013 01:07:00 pm
bunga keratan, Eksotik, Flora Academy, Flora etc, floral design school, Floral designer, LAMAN IMPIANA, Proteus, Trend Gubahan Bunga 2013
No comments
Principal Flora Academy telah pun mengembara
ke tanah Afrika Utara untuk tempoh dua minggu. Jika ada utara, pastinya
ada selatan. Maka yang demikian, kita berkenalan dengan bunga asal dari
Afrika Selatan, Protea. Protea dikatakan sejenis tumbuh-tumbuhan
berbunga tertua wujud di muka bumi dan saintis menganggarkan bunga
eksotik ini telah pun wujud sejak 300 juta tahun lepas. Dikatakan
terdapat lebih kurang 329 spesies Protea di Afrika Selatan. Untuk
pengetahuan semua, Protea telah
dibahagikan pada 17 spesies mengikut seksyen-seksyen tertentu.
Memandangkan fizikal bunganya yang amat unik, bunga ini pilihan tepat
bagi menghasilkan gubahan bunga eksotik. Bersandarkan pada tekstur,
warna dan rupa menarik, ramai mendambakannya lalu membuat bunga ini
popular sebagai salah satu bunga keratan yang turut diperdagangkan di
seluruh dunia.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi/ Inquiries, please call us at: Flora Academy Sdn. Bhd. Suite 2.08, Tingkat 2, The AmpWalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 03-2166 8090 E-mail: floraacademy2011@gmail.com Facebook: http://www.facebook.com/FloraAcademy
Keberanian dan kepelbagaian menjadi simbolik atau maksud
yang dibawa Protea berdasarkan kisah mitos Greek kuno; Proteus anak dewa
Poseidon. Bunga ini mempunyai jangka hayat lama jika ditempatkan di
dalam bekas berair. Bagi menggandakan tempoh kesegarannya, buang semua
daun atau elakkan daunnya turut terendam di dalam air. Praktikkan juga
penggunaan cecair peluntur bagi memastikan tiada pertumbuhan alga di
dalam air. Protea turut boleh didapati di Australia dan Hawaii.
Kreativiti tiada batasnya dan menggunakan bunga ini, pelbagai jenis
gubahan bunga boleh dihasilkan samada bunga untuk dekorasi kediaman atau
majlis, bunga pegang pengantin dan lain-lain. Sekadar perkongsian
bermanfaat untuk semua, Flora Academy ada mengadakan dua kursus gubahan
bunga; Gubahan Bunga Artistik & Gubahan Bunga Tropika yang mungkin
menggunakan Protea sebagai salah satu bunga pilihan di samping kehebatan
bunga tempatan seperti Alpinia Purpurata, helikonia dan sebagainya. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi/ Inquiries, please call us at: Flora Academy Sdn. Bhd. Suite 2.08, Tingkat 2, The AmpWalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 03-2166 8090 E-mail: floraacademy2011@gmail.com Facebook: http://www.facebook.com/FloraAcademy
Subscribe to:
Posts (Atom)