Thursday, February 21, 2013

Queen Anne’s Lace

Sehebat namanya, Queen Anne’s lace merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan berbunga musim panas dan akan mula berbunga dari bulan Jun sehingga Ogos. Selain terkenal dengan nama Queen Anne’s lace, ia turut dipanggil dengan nama Wild carrot, Bird's nest dan Bishop's lace. Queen Anne’s lace berasal dari kawasan beriklim sederhana Eropah dan juga tumbuh secara semulajadi di kawasan Amerika Utara dan Australia. Mengikut sejarah, Queen Anne’s lace mendapat namanya apabila jari Queen Anne berdarah dek tertusuk jarum ketika sedang menghasilkan lace. Oleh kerana rupa bunganya yang halus, ia amat sesuai dijadikan penyeri atau fillers kepada gubahan bunga sebagaimana Baby's Breath dan lain-lain. Sebaik sahaja dikerat dari pokok induknya, Queen Anne’s lace mampu bertahan antara tiga hingga tujuh hari sahaja. 
 

Luxe Bridal Bouquet Showcase & Flora Academy.

Berikut merupakan lima gaya Bridal Bouquet yang telah dihasilkan oleh Blum Floral Design & Wedding Florist, Portland, Oregon, US. Sekadar berkongsi citarasa, perhatikan pada kombinasi warna, tekstur, rupa gubahan dan juga jenis-jenis bunga-bungaan yang digunakan. Jika ini yang dipersembahkan oleh pemain industri gubahan bunga dan dekorasi majlis di Amerika langsung ia dijadikan sebagai kayu pengukur untuk pemain industri sama di seluruh dunia. Barulah apa yang dihasilkan terkini dan sentiasa segar. Lawati laman web mereka di alamat http://www.blumfloraldesign.com/


© http://www.MoscaPhoto.com/

© http://www.MoscaPhoto.com/

© http://www.MoscaPhoto.com/

© http://www.MoscaPhoto.com/

© http://www.MoscaPhoto.com/

Sementara itu, di Flora Academy juga ada mengadakan kelas gubahan Flower Bouquets yang merangkumi tiga jenis gubahan bunga pegang; Long hand bouquet, Round hand bouquet & Chocolate bouquet. Selain daripada itu, Flora Academy turut menyediakan kelas gubahan bunga Bridal bouquet, Bride;s maid bouquet, Corsages & Boutonniere yang kesemuanya dirangkumkan di dalam kelas Wedding Part 1. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi kami..HANYA di Flora Academy.




Wednesday, February 20, 2013

Jom, sertai kelas di Flora Academy Mac ini!


Pastikan anda tidak terlepas peluang keemasan ini untuk menambah kemahiran personal. Ilmu yang dipelajari dapat memberikan anda peluang menambah pendapatan lebih lumayan. Belajar gubah bunga dengan cara betul mengikut prinsip-prinsip rekaan tepat bagi menghasilkan karya seni yang dihargai. Kelas berlangsung dalam suasana penuh seronok, warna-warni bunga-bungaan penuh ceria, persembahan paparan nota bergambar dan video. Tidak ketinggalan, tunjuk ajar secara personal daripada cikgu berpengalaman! Tarikh: Modul 1 (House Floral Decoration 1)= 2 & 4 Mac 2013 Modul 5 (Wedding Part 2; Hantaran)= 6 Mac 2013
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi/ Inquiries, please call us at: Flora Academy Sdn. Bhd. Suite 2.08, Tingkat 2, The AmpWalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 03-2166 8090 E-mail: floraacademy2011@gmail.com Facebook: http://www.facebook.com/FloraAcademy  


Plum Blossom

"Plum blossoms, plum blossoms all over the land, the colder it gets, the more it blooms, The persevering plum blossom symbolizes us, the lofty and great China..." 
Itu merupakan sebahagian daripada baris-baris lirik lagu patriotik negara Taiwan. Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, bunga Plum blossom memang menjadi kemestian sebagai item dekorasi. Bunga ini melambangkan nasib atau tuah baik. Seperti ramai tahu, Plum blossom turut menghasilkan buah dan ia boleh dijadikan jus, arak, jeruk dan sos pencecah. Dalam kesusasteraan Cina, bunga ini mekar bersama-sama bunga orkid, lotus dan kekwa dan keempat-empat bunga ini digelar 'Flowers of the Four Season' bagi mewakili empat musim. Selain daripada warna merah jambu, bunga ini juga terdapat dalam warna kuning dan putih.

Protea, Protea, Proteus!

Principal Flora Academy telah pun mengembara ke tanah Afrika Utara untuk tempoh dua minggu. Jika ada utara, pastinya ada selatan. Maka yang demikian, kita berkenalan dengan bunga asal dari Afrika Selatan, Protea. Protea dikatakan sejenis tumbuh-tumbuhan berbunga tertua wujud di muka bumi dan saintis menganggarkan bunga eksotik ini telah pun wujud sejak 300 juta tahun lepas. Dikatakan terdapat lebih kurang 329 spesies Protea di Afrika Selatan. Untuk pengetahuan semua, Protea telah dibahagikan pada 17 spesies mengikut seksyen-seksyen tertentu. Memandangkan fizikal bunganya yang amat unik, bunga ini pilihan tepat bagi menghasilkan gubahan bunga eksotik. Bersandarkan pada tekstur, warna dan rupa menarik, ramai mendambakannya lalu membuat bunga ini popular sebagai salah satu bunga keratan yang turut diperdagangkan di seluruh dunia.


 Keberanian dan kepelbagaian menjadi simbolik atau maksud yang dibawa Protea berdasarkan kisah mitos Greek kuno; Proteus anak dewa Poseidon. Bunga ini mempunyai jangka hayat lama jika ditempatkan di dalam bekas berair. Bagi menggandakan tempoh kesegarannya, buang semua daun atau elakkan daunnya turut terendam di dalam air. Praktikkan juga penggunaan cecair peluntur bagi memastikan tiada pertumbuhan alga di dalam air. Protea turut boleh didapati di Australia dan Hawaii.
Kreativiti tiada batasnya dan menggunakan bunga ini, pelbagai jenis gubahan bunga boleh dihasilkan samada bunga untuk dekorasi kediaman atau majlis, bunga pegang pengantin dan lain-lain. Sekadar perkongsian bermanfaat untuk semua, Flora Academy ada mengadakan dua kursus gubahan bunga; Gubahan Bunga Artistik & Gubahan Bunga Tropika yang mungkin menggunakan Protea sebagai salah satu bunga pilihan di samping kehebatan bunga tempatan seperti Alpinia Purpurata, helikonia dan sebagainya. 
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi/ Inquiries, please call us at: Flora Academy Sdn. Bhd. Suite 2.08, Tingkat 2, The AmpWalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 03-2166 8090 E-mail: floraacademy2011@gmail.com Facebook: http://www.facebook.com/FloraAcademy