Thursday, November 22, 2012

No Limits For Shopping!

Jom membeli-belah di Flora, etc... dan tambahkan kehebatan dekorasi kediaman indah anda. Hubungi kami di talian 03-2166 8090 (Marina) untuk sebarang maklumat lanjut. Harga bermula dari RM25! ...

Oh, keranamu Matthiola!

Menyanjung keindahan dan harum baunya. Sekalipun namanya kedengaran seperti nama wanita, Matthiola incana atau lebih senang dipanggil Matthiola mendapat namanya sempena nama seorang doktor lelaki dari Itali bernama Pietro Andrea Gregorio Mattioli (23 Mac 1501 – 1577). Selain daripada menggunakan Matthiola sebagai bunga utama, gubahan bunga ini turut menampilkan si diva popular Hydrangea dan mawar. Ketahui bagaimana untuk melakukan gubahan...

Wednesday, November 21, 2012

Bunga 'Misai Syaitan'

Bunga unik dari spesies Tacca chantrieri ini tergolong di dalam famili Dioscoreaceae. Ia berasal dari negara beriklim tropika dan terkenal sebagai salah satu tumbuh-tumbuhan berbunga yang jarang ditemui. Warna hitam pada bahagian kelopak bunganya amat menarik perhatian ramai dan ini secara tidak langsung memberikan elemen penuh misteri. Tambahan pula dengan juntaian halus bak misai kucing sebagai penyeri. Tidak hairanlah mengapa bunga ini...

Monday, November 12, 2012

Kobis Ornamental

Kobis ornamental atau nama botaninya, Brassica oleracea selalu menjadi pilihan utama kepada floral designer atau florist yang gemarkan gubahan bunga unik. Brassica oleracea ditempatkan di dalam dua kumpulan berbeza, Capitata group dan Acephala Group. Sekalipun ia sejenis sayur-sayuran dan tergolong dalam genus Brassica, namun ia lebih popular dijadikan pelengkap kepada gubahan bunga kerana warna dan tekstur daunnya. Selain daripada warna...

Tuesday, November 06, 2012

Bunga Alam Syurgawi

Bird of Paradise. Ia turut dipanggil Strelitzia. Manakala, nama botaninya adalah Strelitzia reginae. Bunga bersifat perennials (saka; mampu hidup lebih dari dua tahun) ini adalah dari keluarga Strelitziaceae. Tetapi mengapakah tanaman atau bunga ini digelar Bird of Paradise? Jelas dari penampilan fizikal bunga ini, ia seakan-akan kelihatan seperti burung Cenderawasih atau dalam bahasa Inggeris disebut Bird of Paradise. Bunga asal dari Afrika...