Jeff Leatham.
Satu nama besar dalam dunia kreatif gubahan bunga-bungaan segar dan dekorasi
ruang di Eropah khususnya di
Paris, Perancis. Lelaki tampan kelahiran Ogden, Utah, Amerika Syarikat ini
adalah merupakan Pengarah Artistik, Hotel Four Seasons George V, Paris. Gubahan
bunga yang dihasilkannya umpama satu mahakarya sehinggakan penyanyi terkenal
Cher melabelkan Leatham seorang genius dan bukannya seorang floral designer biasa. Gubahan bunga
Leatham bukan sahaja mendapat perhatian para selebriti seperti Tina Turner,
Oprah Winfrey, Madonna, Kylie Minogue dan Celine Dion (sekadar menyebut
beberapa nama) tetapi juga para pereka fesyen dan rumah fesyen ternama dunia.
Jika dilihat
daripada penampilan dirinya yang kacak, memang layak dia menjadi model peragaan.
Ya, pada umurnya menginjak 22 tahun, anak kepada pasangan pendidik ini (bapanya
seorang professor biologi manakala ibunya pula seorang guru) telah bergelar
model di Milan untuk pentas peragaan dan juga iklan-iklan cetak selama hampir
tiga tahun. Sebelum bergelar model, dia pernah bertugas sebagai pengurus di butik GAP ketika berusia 19 tahun.


Sekembalinya dia
ke Amerika, dia telah diterima bekerja di sebuah kedai bunga di Hotel Four
Season, Beverly Hills sebagai pekerja sambilan. Tugas yang diberikan kepadanya
hanyalah untuk melaksanakan tugas-tugas mudah seperti membersihkan kedai.
Di
sinilah permulaan karier Leatham dimana minatnya terhadap gubahan bunga-bungaan
segar mula bercambah.
(Kredit gambar:Internet)
0 comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen atau sebarang pesanan untuk peningkatan prestasi Flora Academy. Terima kasih.