Friday, April 27, 2012

Komen Izara Aishah Tentang Gubahan Bunga Flora Academy

" Gubahan bunga yang dihasilkan oleh Flora Academy jelas unik dan bagi Izara ia bukan dibuat main-main atau sekadar melepaskan batuk ditangga." - Izara Aishah, pelakon dan model terkenal.  Izara memegang bunga pegang pengantin (bridal bouquet) bergaya posy yang menggunakan kuntuman bunga orkid Cymbidium kuning dan gugusan bunga Hydrangea hijau. ...

Kenapa Flora Academy pilihan saya?

"Saya Norhayati Abd. Latif dan kini menetap di Tawau, Sabah. Di sini, saya mengendalikan sebuah syarikat andaman dan butik perkahwinan. Maka yang demikian, tugas-tugas saya banyak berkait rapat dengan gubahan bunga dan bagi memantapkan lagi ilmu gubahan bunga, saya tidak kisah untuk terbang ke Semenanjung untuk berguru dengan yang pakar. Apalah sangat kalau jauhnya beribu batu waima berpuluh ribu batu pun dan berhabis semata-mata untuk...

Razak Ahmad; Aksi di-Raja

Kesempatan yang ada tidak dilepaskan begitu sahaja. Kamera di tangan terus dihalakan pada 'guru besar' Academy ini yang ketika sedang sibuk membetulkan salah satu gubahan untuk kerabat di-Raja.  Ketekunan dan ghairah seninya menggubah bunga jelas terpancar di wajah hinggakan  sepatah komen pun tidak terucap dek saya terhadap aksinya. Takut pula hendak bertanya apa-apa memandangkan matanya tak berkelip-kelip menggubah bunga....

Saturday, April 14, 2012

Facebook: Flora Academy

Kongsikan gambar-gambar gubahan bunga yang anda hasilkan atau anda miliki. Emelkannya ke floraacademy2011@gmail.com dan jika berkesempatan, lawatilah laman facebook Flora Academy dengan kata carian Flora Academy dan Flora Acdmy....

Harian Metro. Variasi. Sabtu. 14 April 2012.

Sepanjang April saban tahun, setiausaha dan individu yang terbabit dalam urusan pentadbiran sesebuah pejabat diraikan menerusi sambutan Hari Setiausaha atau Hari Pengurusan Profesional. Pemberian gubahan bunga bersesuaian juga antara langkah paling bijak dan berupaya menaikkan semangat moral dan produktiviti ke tahap lebih baik serta dilihat lebih ekonomi. Malah setiausaha bukan saja perlu tampil menarik, kemas dan cantik melalui pakaian...

Friday, April 13, 2012

Utusan Malaysia. Mode.

Terima kasih buat wartawan Siti Aishah Yusof dari meja keluarga, Utusan Malaysia. Jurufoto Ridwan. Tidak ketinggalan, Norazlina Jamaludin juga wartawan di Utusan Malaysi...

Wednesday, April 11, 2012

Eustoma Di Hati Kita.

Eustoma grandiflora. Ia turut dikenali dengan nama Bluebell, Showy prairie gentian, The bolero deep blue dan juga Lisianthus. Eustoma mempunyai daun berkilat dan kuntuman bunga berbentuk loceng. Eustoma banyak terdapat di kawasan bersuhu sederhana panas Amerika Syarikat, Mexico, Carribean dan utara Amerika Selatan. Dalam bahasa Greek, frasa Eu membawa makna elok manakala stoma pula bererti mulut. Secara tidak langsung Eustoma terus diterjemahkan...

Tuesday, April 10, 2012

Kerat Potong Bunga Keratan.

Ladang bunga Elite, Colombia yang memperdagangkan bunga daisi Gerbera. Hydrangea macrophylla, mawar, teluki, kekwa, lili, Matthiola incana, matahari, Gladiolus spp. dan orkid merupakan antara bunga keratan popular yang diperdagangkan di serata dunia. Industri bunga keratan merekodkan bahawa bunga mawar adalah bunga paling banyak dijual beli. Sekadar berkongsi maklumat, pada tahun 2007 industri bunga keratan di UK berjumlah £2 billion. Tahukah...

Monday, April 09, 2012

Tropika o, la la...

Sesi fotografi untuk akhbar Utusan Malaysia hari ini, Flora Academy telah menghasilkan gubahan bunga tropika menggunakan bunga-bungaan seperti Alpinia purpurata dan Heliconia spp.  Gubahan bersaiz sederhana besar ini khusus untuk ditempatkan pada sudut tepi di mana-mana ruang bersesuaian....

Thursday, April 05, 2012

Seluas Angkasa

Terima kasih tidak berpenghujung kepada semua para pelanggan Flora, etc... sejak hari pertama kami beroperasi sehinggalah kini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan niaga kami. Khamis 12 April 2012 Flora, etc... akan bersiaran di MHI (Malaysia Hari Ini@TV3). Saksikannya bersama...

Tuesday, April 03, 2012

"Aspirin; Aku Sudah Tidak Percaya Padamu Lagi..."

Menerusi filem City of Glass (1998) lakonan pelakon simbol seks Hong Kong, Shu Qi dan pelakon tampan, Leon Lai ada memaparkan penggunaan pil aspirin untuk menambah jangka hayat bunga mawar di dalam pasu berisi air. Adakah anda percaya ia satu tindakan betul bagi memanjangkan kesegaran bunga-bungaan keratan (cut flower) khususnya yang diletakkan di dalam pasu berair?  Usah percaya kerana itu bohong semata-mata. Ketahuilah bahawa penggunaan aspirin...

Monday, April 02, 2012

Rahsia Bunga Keratan Tahan Lebih Lama.

Bunga akan cepat layu dan rosak jika terus digubah tanpa melalui proses prep terlebih dahulu.  Prep (preparation) atau penyediaan bunga-bungaan keratan (termasuklah daun-daun) sebelum digubah adalah proses sangat penting. Perkara ini tidak boleh diabaikan dan dipandang remeh. Sekiranya 'pantang larang' ini dilanggar, bunga-bungaan tersebut pasti cepat layu.  Sebaik sahaja tiba di rumah, bunga-bungaan yang dibeli tadi...