Sehebat namanya, Queen Anne’s lace merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan berbunga musim panas dan akan mula berbunga dari bulan Jun sehingga Ogos. Selain terkenal dengan nama Queen Anne’s lace, ia turut dipanggil dengan nama Wild carrot, Bird's nest dan Bishop's lace. Queen Anne’s lace berasal dari kawasan beriklim sederhana Eropah dan juga tumbuh secara semulajadi di kawasan Amerika Utara dan Australia. Mengikut sejarah, Queen Anne’s lace mendapat namanya apabila jari Queen Anne berdarah dek tertusuk jarum ketika sedang menghasilkan lace. Oleh kerana rupa bunganya yang halus, ia amat sesuai dijadikan penyeri atau fillers kepada gubahan bunga sebagaimana Baby's Breath dan lain-lain. Sebaik sahaja dikerat dari pokok induknya, Queen Anne’s lace mampu bertahan antara tiga hingga tujuh hari sahaja.
0 comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen atau sebarang pesanan untuk peningkatan prestasi Flora Academy. Terima kasih.