Tuesday, April 30, 2013

Korsaj.

Empat gaya korsaj hasil kreativiti Flora Academy Sdn. Bhd. yang ditampilkan menerusi majalah Inspirasi Perkahwinan.
Kursus pada 16 Mei 2013. Basic Floral Arrangement; Wedding Part 1. Para peserta kursus akan didedahkan cara menghasilkan empat komponen atau elemen penting perkahwinan secara hands-on. Salah satunya adalah korsaj di samping Bridal bouquet, Bride's maid bouquet dan tidak ketinggalan Boutonniere.

Hubungi/ Call us: 
 
Flora Academy Sdn. Bhd. 
Suite 2.08, Aras 2, 
218, The Ampwalk. 
Jalan Ampang
Kuala Lumpur.  
Tel: 03-2166 8090 ext. 112

floraacademy2011@gmail.com/ flora.academy@floraetc.my   

 





Wednesday, April 24, 2013

Kenali Siapa Prinsipal Flora Academy.

Ingin sekali Flora Academy memperkenalkan kepada semua Prinsipal Flora Academy,  Tuan Hj. Razak Ahmad. Beliau merupakan seorang masterflorist yang disegani ramai dan telah berkecimpung di dalam industri gubahan bunga dan dekorasi majlis selama lebih kurang 27 tahun.

Keberanian dan kesungguhan untuk tampil sebagai designer yang berjaya di dalam dan luar negara telah membawanya ke taraf antarabangsa setanding dengan designer seperti Preston Bailey, Kevin Lee, Nada Salame, Jeff Leatham dan ramai lagi dari Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Eropah.

Anak jati kelahiran Johor ini telah memulakan titik kariernya di Brunei Darussalam dan seterusnya ke Amerika Syarikat khususnya Chicago dan Los Angeles. Kemudian, beliau meluaskan kariernya di Seoul, Korea sebelum pulang semula ke tanah air pada tahun 2004 untuk menyumbangkan pengalaman dan ilmu yang diperolehinya sebagai floral designer selama lebih 18 tahun di luar negara.

Berbekalkan semangat kental untuk mendalami ilmu floral designing dan keinginan kuat untuk berjaya dalam karier pilihannya, beliau telah berjaya menempatkan nama dan dirinya sebagai Head floral designer di LA PREMIER. Ia merupakan sebuah syarikat weddings & events yang terkenal di Beverly Hills, Los Angeles, Amerika Syarikat milik seorang designer ternama, Kevin Lee.

Sepanjang kariernya di LA PREMIER, beliau telah menunjukkan bakat, menggunakan daya kreativiti dan mempraktikkan kebolehan beliau dalam seni gubahan, rekacipta bunga serta dekorasi event yang berkualiti bertaraf antarabangsa, contohnya semasa American Music Awards Gala Dinner, pelancaran majalah ‘O’ milik Oprah Winfrey dan banyak lagi private functions untuk artis-artis Hollywood seperti Barbara Straisand, Christina Aguilera serta perkahwinan pelakon terkenal, Jennifer Aniston/ Brad Pitt dan ramai lagi.

Sekembalinya beliau ke tanah air, rekaan dan gubahan serta sentuhan dekorasi Razak Ahmad sememangnya telah memberikan nafas baru dan kelainan ketara berbanding dengan apa yang sedia ada di Malaysia di kala itu. Terutamanya dari segi gaya dan rekaan gubahan bunga, table setting dan dekorasi keseluruhan sesuatu event. Keberanian dalam memperkenalkan gaya dan sentuhan barunya itu juga telah menjadikan beliau sebagai trend setter dan idola kepada ramai designer dan sesiapa yang turut berkecimpung di dalam arena sepertinya.

Rekaan, gubahan, dekorasi gaya Inggeris klasik, moden kontemporari, klasik, moden dan artistik sesuai dengan tema pelbagai, berjaya membuka mata ramai. Ini juga telah menambat hati para pelanggan yang menginginkan sentuhan dekorasi dan gubahan bunga setanding dengan designer antarabangsa.

Flora Academy Kini di iPengantin.


Kini, Flora Academy turut menyokong laman iPengantin. Flora Academy berada di bawah kategori Lain-Lain Perkhidmatan. Laman ini boleh dicapai menggunakan alamat iPengantin.com.my. 
 Terima kasih buat pengurusan iPengantin.

Thursday, April 18, 2013

Jadual Kelas Flora Academy Mei 2013

Jadual kelas pada bulan Mei 2013. Inilah masanya anda merancang untuk mengikuti kelas-kelas yang kami tawarkan sepanjang Mei ini. Anda hanya perlu memaklumkan kepada pihak kami, modul dan tarikh kelas yang ingin disertai. Kami akan membuat persediaan untuk mengadakan kelas tersebut. Semoga berjumpa di kelas nanti. :)

Flora Academy Sdn. Bhd.
Suite 2.08, Tingkat 2,
The Ampwalk,
218, Jalan Ampang,
50450, Kuala Lumpur.
Tel: 03-2166 8090 ext 112

http://www.facebook.com/FloraAcademy
http://floraacademy.blogspot.com/
http://floraetc.blogspot.com/


Friday, April 12, 2013

Sejarah Mengajar Kita: Gubahan Bunga-Bungaan 60-an.




Gelombang perubahan gaya hidup baru dan moden bermula pada tahun 1960-an. Ia penuh dengan kepelbagaian dan individualiti. Kecenderungan gaya hidup banyak bertunjangkan pada gaya kontemporari, kebebasan dan perubahan. Ini termasuklah juga pada gaya gubahan bunga-bungaan. difahamkan ketika tahun 1960-an, para florist mempunyai akses terhadap pemilihan jenis-jenis bunga-bungaan yang amat terhad. Bunga-bungaan seperti teluki, kekwa, daisi, lili dan mawar adalah pilihan asas. Bunga untuk gubahan ruang dekorasi kediaman lebih banyak diambil di halaman dan ia pula bermusim. Gaya gubahan pula sangat bertentangan daripada segi struktur dan 'style'. 






Pada era 60-an terdapat dua gaya popular. Satu, gubahan bunga dengan sentuhan 'free style'. Reka bentuknya tidak simetri, cenderung pada 'open space' dan abstrak dengan gerakan visual. Ini kemudiannya diserikan lagi dengan penggunaan ekstensif aksesori seperti bekas bentuk unik dan ranting besar. Keduanya pula adalah gaya gubahan padat dalam ragam formal dan geometrikal. Ini dikenali dengan panggilan reka bentuk 'geometric mass' dan ianya terus menjadi popular sehinggalah tahun 1970-an menjengah masa. Warna-warna seperti hijau buah avokado, kuning keemasan, jingga dan coklat mendominasi skema warna pada tahun-tahun 1960-an dan hal ini turut mempengaruhi pilihan warna gubahan bunga-bungaan. Namun apabila kehangatan 'flower power' melanda, warna-warna terang seperti merah jambu, jingga, biru elektrik, hijau neon dan kuning adalah fokus utama.

Tuesday, April 02, 2013

Oh, Its Over Flowing!

Seringkali kita melihat dan anggap Barat sebagai trend setter terhadap sesuatu perkara tetapi ada masanya mungkin pernyataan ini perlu difikirkan dua tiga kali. Seorang floral designer terkemuka dunia baru-baru ini telah memperlihatkan gaya gubahan bunganya yang terkini. Pendekatan gubahan beliau cenderung pada gaya pave dan over flowing (gubahan yang dihasilkan seakan mengalir atau melimpah). Apa kurangnya floral designer tempatan? Ini dibuktikan dengan penghasilan gubahan-gubahan berkonsep sama sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hakikatnya, siapa dapat menduga batas kreativiti tanpa sempadan atau ini sekadar satu kebetulan atau pertembungan idea sesama pemain industri. Jika ini boleh dijadikan satu anjakan ke tahap lebih tinggi atau kayu ukur terhadap arah gaya gubahan bunga global, ayuh sama-sama kita laksanakannya.