Monday, July 02, 2012

Jeff Leatham; Inspirasi & Ikon.

Jeff Leatham. Satu nama besar dalam dunia kreatif gubahan bunga-bungaan segar dan dekorasi ruang  di Eropah khususnya di Paris, Perancis. Lelaki tampan kelahiran Ogden, Utah, Amerika Syarikat ini adalah merupakan Pengarah Artistik, Hotel Four Seasons George V, Paris. Gubahan bunga yang dihasilkannya umpama satu mahakarya sehinggakan penyanyi terkenal Cher melabelkan Leatham seorang genius dan bukannya seorang floral designer biasa. Gubahan bunga Leatham bukan sahaja mendapat perhatian para selebriti seperti Tina Turner, Oprah Winfrey, Madonna, Kylie Minogue dan Celine Dion (sekadar menyebut beberapa nama) tetapi juga para pereka fesyen dan rumah fesyen ternama dunia.  
  
Jika dilihat daripada penampilan dirinya yang kacak, memang layak dia menjadi model peragaan. Ya, pada umurnya menginjak 22 tahun, anak kepada pasangan pendidik ini (bapanya seorang professor biologi manakala ibunya pula seorang guru) telah bergelar model di Milan untuk pentas peragaan dan juga iklan-iklan cetak selama hampir tiga tahun. Sebelum bergelar model, dia pernah bertugas sebagai pengurus di butik GAP ketika berusia 19 tahun.    

Sekembalinya dia ke Amerika, dia telah diterima bekerja di sebuah kedai bunga di Hotel Four Season, Beverly Hills sebagai pekerja sambilan. Tugas yang diberikan kepadanya hanyalah untuk melaksanakan tugas-tugas mudah seperti membersihkan kedai.
Di sinilah permulaan karier Leatham dimana minatnya terhadap gubahan bunga-bungaan segar mula bercambah. 

(Kredit gambar:Internet)